Klik Lagi.!!!

Tuesday, December 11, 2012

~ Cikgu Jannah =) Praktikum 1 ~

Assalamualaikum.

sangat blur la nak mulakan ayat, sebenarnya kecelaruan isi penting ni, sebenarnya post ni dah simpan berbulan-bulan yang lalu, sebab nak story tentang praktikum pertama dulu kat SK Penghulu Haji Darus, tapi oleh kerana, jadual padat maksimum mengalahkan sape ek nak letak??.. aku adore Heliza Helmi, ok so, jadual padat mengalahkan rutin harian Heliza Helmi tuh, mengakibatkan aku langsung-langsung tak ada masa nak menaip benda-benda lagho nih, CIS! bajet baik betoi nih.. hihihihi

akhirnya, harini terpanggil jua mood rajin, untuk meluahkan isi penting terbaru iaitu HARI GURU!!! ya! hari ni 16 MEI 2012, yakni hari guru, SELAMAT HARI GURU semua guru-guru, bakal-bakal guru, bekas-bekas guru, dan sebagainya... sebelum membuat pendedahan yang lebih mendalam terhadap hari guru, izinkan saya meluahkan sedikit perasaan sadis saya berkenaan perasaan saya semasa menduduki peperiksaan petang tadi.. arhhh!! nampak sangat celaru emosi, sat guna aku, sat guna saya plak dah.. ish.!! ok continue ni tanpa backspace pon, ok!! aku KECEWA bila menjawab paper MTE 3109 harini.. mak datok, aku rasa buat penat jer baca nota yang aku kumpul banyak-banyak tuh, rasanya 1 habuk pon tak apply balik dalam exam tadi, memang seriusly guna logik sendiri jer... suka suki jawab jer, betoi salah, aku rasa macam banyak salah jer.. muwahahaha... cikgu math, tapi tak reti jawab soalan math.. booooooooo


ok2!! mood ceria harus diteruskan dengan HARI GURU...


bagi yang tak tahu, meh nak bagitahu, aku bakal guru.. ceeewaaaahhh! CIKGU JANNAH taw... 
rasa BANGGA sangat-sangat bila ada yang wish hari guru.. walaupun bukan ANAK MURID, tapi sanak saudara pon, dah cukup dah untuk SUNTIKAN semangat nak jadi cikgu... 
pagi-pagi hari... adik sendiri ucap selamat hari guru, diikuti kakak sendiri, diikuti bakal abang ipar, diikuti kawan facebook, diikuti abang sendiri, diikuti mak dan ayah... 

kalau nak tahu kronolgi saya bakal seorang guru, korang boleh terjah (sini) HARI GURU 2011

dah baca???... haaa tu lah kisahnya...
tak taw nak cerita apa lagi dah la
apa-apa pon, sebelum tamat penulisan ni
izinkan saya mengucapkan 

SELAMAT HARI GURU kepada semua bakal-bakal guru terutama ahli Muchachos Gran Matematico, WARGA IPG KAMPUS DARULAMAN, senior-senior, junior-junior, guru-guru saya di TADIKA ISLAM, guru-guru di SK ADIKA RAJA,GERIK, guru-guru SK BATU 4, GERIK, guru-guru MRSM GERIK, guru-guru MRSM TAIPING, rakan-rakan di IPG lain, dan lain-lain lagi... 



dengan ini saya sertakan beberapa keping gambar semasa jadi cikgu praktikum... actually gambar ni berzaman (sebulan) dah dalam draft.. tapi tak post, kesian kat anak-anak murid yang MUNGKIN duk tunggu nak tengok gambaq diorang... hehehe..



















masyaAllah, ini cerita masa sem 5 dahulu..
tapi ada dalam draft, so..post je lah..
oleh kerana dah lama x aktive blogging..
so, just post ape yang ada dalam draft..
thanks kerana membaca..
tata :)

Wednesday, June 20, 2012

~cOoL BlOg + Kak Su LaKsa~

Assalamualaikum

first, tahniah kepada semua pelajar IPG yang berjaya masuk ke sem berikutnya, yakni anda sudah LULUS dalam exam baru2 ni.. yeayyy TAHNIAH!! alhamdulilallah....  termasuk aku sendiri, sekarang ni masih berada di kampus untuk teruskan perjuangan dalam sem 6 PISMP Matematik .....  yeayy tepuk tangan lekaih!! ke tadah tangan??? CAKAP!! Alhamdulillah....

ok2!!! bukan niat aku nak bagi ucapan penghargaan kat sini weh, aku just nak ape eh, haaa nak hupdate tentang kerancakan pembangunan serta peningkatan kemodenan pekan jitra baru-baru ni.. *ayat aku dah macam budak darjah 6 dah.. 

sebelum ni, aku rasa terharu bangat lah, bila aku update tentang TUTTI FRUTTI yang ada di jitra, yang terletak di belakang restoran Nasmir yang berdekatan Jitra Mall tu, rupa-rupanya ramainya yang teruja dengan kewujudan restoran tu... bukan ape, KAMI SEMUA JAKUN/perak yang pekan Jitra dah ada tutti frutti weh... hihihii.. selalunya ada kat pekan besar-besar jer...

dan lagi yang terbaru, aku sendiri teruja lagi terkasima, apabila aku terlambat nak update laaa tentang kewujudan COOL BLOG di jitra nih.. yee!! aku taw, mesti semua tak heran kan ngan adanya cool blog nih, tapi ak rasa heran sebab ni benda baru.. haaa slalu bleh minum cool blog ni bila di kawasan luar jitra jeh....next apa plak eh yang nak wujud lagi di jitra eh???

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cool blog.

lokasi: BERHADAPAN JITRA MALL, sebelah  zon ria


cool gila aku berdiri dekat situ kan, bajet saje-saje maen hp la teww, sedangkan memang nak amik gambar..

cool blog pertama di jitra, OREO BLOG+CHOCOLATE+PEARL 

bersama kawan, kang kata datang sini ngan boyfriend plak..kikiki


seterusnya, HARI PERTAMA kelas aku, dah pergi JALAN-JALAN... seriusly!! jannah tak boleh duduk diam, komfem nak bejalan merata, bajet elaun dah masuk jer kan.. uhhhh, sedangkan ni adalah salah satu riadah untuk jannah lepaskan stress, masalah yang ada... 

# yer!! saya memang manusia yang paling suka bersiar-siar... tapi masih dalam bajet yerr.. =)


ok2!! lepas beli cool blog, trus bawa cool blog tuh ke KUALA PERLIS... untuk cari makan di sana.. jauh betul perjalanan aku untuk cari makanan kan..heeeee 

sebelum cari makan, pergi solat dulu.. nanti LAGHO!!! 

kawan sebagai peneman yer

sila puji!!! cutenyewwwww

peneman setia


Allah!! ampunilah dosaku Ya Allah =(
*tapi muka senyum, camne wehhhh


dan AKHIRNYA, jannah dapat jugak makan makanan yang jannah idam-idamkan, mengalahkan orang mengandung wehhhh, KAK SU LAKSA!!!

barangsiapa yang tergila-gilakan laksa, sila datang sini dengan segera, dan bawa sekali saya!!! hahaha


sebelum makan, MASYAALLAH, Ssedapnyaaaaaaaaaaaaa

AKHIRNYAAAAAA..... sehingga nak jilat pinggan... urmmmmmmmmmmmmmmm


sebelum balik jitra, amik la udara, buang udara, amik udara, buang masalah, amik gembira, buang sedih...


oleh kerna, sangat sopan pakai baju kurung, gua tak lepas weh nak melangkah divider tuh, gua GAGAL. sebab gua ayu weh.


gua tension weh!!! aku jerit2 macam orang gila.. aku tak sangka, tegar betol peneman setia aku tembak aku dari belakang.... 


untuk semua, aku tahu, aku ayu... kikikikikiki


ok la yer... next trip, aku hupdate lagi eh, tempat makan mana lagi eh...
babai!!! 

sekian terima kasih, sebab sudi baca eh...

Wednesday, June 6, 2012

~tUTTI fRUTTI dE JiTra~


Assalamualaikum...

hari first bukak kalau pergi dapat 50% discount, hari kedua bukak just pergi untuk perabih duit... hahaha

tak sanggup pergi hari first yakni 1st June 2012, sebab beratur berderet-seret tapi dapat 50% discount,
sanggup pergi hari kedua beratur tak der la pendek mana pon, harga, no discount! haha senget~~


kiri RM11orang lain punya TAPI yang kanan yakni diriku punya RM14.30 
baek gi mcD amik mcFlurry oreo, lagi berbaloi2.. haha



balik dari kenduri pn Natrah, singgah sini plak...


#GAMBAR NI SANGAT lama berada dalam draft, tak cukup masa nak taip dan nak post, jadi hari ni baru nak post.. sekian.. muwahahaha... 

Tuesday, June 5, 2012

~Akad Nikah Nur Farihain & Wan Faizal~

Assalamualaikum

setinggi-tinggi tahniah dan rasa bersyukur, kerana pada 3 Jun 2012, bekas rakan sebilik, yakni rakan yang paling rapat, rakan sepermainan , rakan gurauan, rakan nangis bersama, rakan ketawa bersama, rakan penampaq sama-sama, rakan gigit tangan sama-sama, rakan ape lagi tak taw nak describe dah.. 
(mungkin diriku yang rasa begitu dia tak pon kot sob sob sob) 

akhirnya selamat DI IJABKABULKAN 

sebagai rakan dia, aku menyebokkan diri dengan bertemu dengan FARIHAIN di butik pengantin, bagi menonton sendiri dengan dua bijik mata yang dia nak kene make up sebagai raja sehari... sebenarnya, follow dia ni sebab jap lagi nak ikot pi rumah dia, TUNTASNYA aku lupa jalan nak pergi rumah dia..hahaha


so, ni gambaq bersama dengan dia masa duk bersiap2, cuba tengok kat cermin tu, ada gambaq cameraman, itu pon bakal pengantin jugak...eh, kenapa jugak plak ni???

PERHATIAN 

kalau la korang rasa gambar ni terlalu kecil untuk korang tonton, korang boleh klik pada gambar yer, gambar akan AUTOMATIK tumbesaran pada kadar yang sangat besar mahupon barangkali boleh jadi slide show... sila klik yer... =)

masa ni pengantin tak reti nak ayu lagi aih


dah habis make up- make up sume, ak pon follow dua bijik kereta ke rumah pengantin...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nak bagitahu ni, hampa nak taw dak, masa nak dekat sampai kat rumah ayin kan, hampa taw dak... huhuhu ada SATU ACCIDENT BERLAKU, depan mata kami, MELAMBUNG-LAMBUNG mangsa tu, aku yang bawak kete ni, menggigil dah.... sampai ke rumah dia, tak hilang ketaq lagi... 
apa tak nyer, masa duk selekoh, mat rempit ni, GALOK pi potong kereta kami, time dia potong tu, ada satu kereta vios lalu secara bertentangan la kan, OLEH KERANA tak lepas nak potong, dia pi langgar vios tu, dia pon MELAMBUNG macam mail lambung dah la... pastu kan, dia BANGKIT SENDIRI, ANGKAT MOTOR DIA SENDIRI, amik seliper, amik helmet dia, HERO nyer dia..... tak der sape tolong, tu la, bawak motor tak hati-hati lagi
INGAT!!!!!! jangan memotong masa selekoh bukan sekolah, tapi SELEKOH!!! 



sebelum pengantin resmi, bek cek begambaq dulu.... comeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeyyy sangat pelamin ni, sweeettt sebab kombination warna pink purple kan....



sebelum husband pengantin peluk-peluk dia, baik aku peluk-peluk ayin puas puas dulu, pasni dah kene kurangkan dah...heeeeeee



arhhhhhhhh gambaq ni bajet macam suweeettttttt...... sorang pandang kamera sini, sorang pandang kamera sana, padan muka... hahaha



no komen, mata tak maw besaqqq.......




klik untuk tumbesaran
ni gambar masa PERTUNANGAN, ayin with mama faizal




wan faizal di soal siasat oleh tok imam berkaitan macam-macam soalan perihal agama

#kepada bakal suami, sila siap sedia taw, jangan nak syok2 akad nikah jer, pengetahuan agama pon kene mendalam, nanti senang nak jaga i nanti.

selepas dua kali akad, akhirnya 
NUR FARIHAIN SAH menjadi ISTERI kepada WAN FAIZAL
masa lepas sah semua kan... ayaq mata aku yang bergelumang dalam bijik mata
sedihnyaaaaa, seronoknyaaaa, semua adalaaaaa...


sarung cincin, salam suami


cium dahi isteri, dan boleh berpeluk....yeayyyyyyy


sangat sweeeeettttttttttttttt




ni antara rakan-rakan yang hadir untuk majlis akad nikah, 
nanti masa KENDURI , jom serbu rumah dia... hahahaha


TEPAT PUKUL 4 PETANG, aku bertolak pulang ke Gerik, Perak untuk bertemu dengan MAK DAN AYAH tercinta selepas satu minggu aku bekerja mencari rezeki... orang lain dah puas duk rumah bercuti, aku pulak, pulun cari duit...hehehehehhe.. bukan apa, untuk masa depan... ceewaaaahhhh


ayin dah kahwin, aku??? =)

terima kasih kerana sudi membaca.. tata.
salam

Nuffnang