Klik Lagi.!!!

Friday, January 6, 2012

~Niat BERUBAH biarlah IKHLAS kerana Allah~

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim.
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Selamat Tahun Baru 2012.. harap Jannah masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua readers blog cincai jannah ni dan juga tak lupa nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada sesiapa yang telah atau sedang menyambut Hari Lahir terutamanya abang dan kakak jannah. =)

pejam celik pejam celik dah sambut tahun baru dah kan, nanti plak pejam celik pejam celik pelik cejam dah kahwin dah.. hihihihi.. orang pompuan ni memang macam ni ke?? sikit sikit cakap pasai kawin, haih.! apa ni..belajar pun tak abis lagi, tak layak lagi fikir sal kawin kalau tak ada calon lagi kan....

ok ok ok... tutup sal kawin kawin ni, cuma ingin kongsikan satu pendapat perbadi dan cerita yang nak dikongsikan, mungkin ilmu jugak (kot la ada selit selit sikit ilmu kan) boleh la jadikan panduan, iktibar atau bantahan ke kan... boleh jer, pendapat peribadi jer dari otak yang tak berapa nak sempurna ni jugak.. hikhikhik (nate beruk sungguh la huruf H ni paya nak tubik)

setiap orang komfem komfem mempunyai AZAM yang baik yang nak dilaksanakan pada tahun 2012 ni kan, macam jugak jannah.. mesti ada yang senarai berpuluh puluh azam dalam diari la, atas kertas A4 la, dalam belog la, macam-macam la, sampaikan taun depan pon tak bergerak pon azam tu kan... tapi kan jannah kan tak derla senarai azam-azam jannah tu, sebab jannah taw jannah tak ikut punya (jannah bukan disiplin sangat pon) cuma just terlintas di hati ini untuk berubah dari perkara baik kepada perkara yang LEBIH LEBIH LEBIH baik (nak jer taip seratus LEBIH tu, tapi nanti jadi LEBI plak sebab H payah nak tekan la).. 

stastistik menunjukkan bahawa 85% wanita muslimah yang berada di atas muka bumi ini berniat untuk berubah penampilan mereka kepada yang lebih lebih lebih baik. (tak kira la lebih baik kerana Allah atau kerana pujian orang ramai kan) yang pasti perubaan yang mendapat keredhaan oleh Allah itu lebih mendapat keberkatan hidup daripada menjadi idola manusia remaja sejagat di dunia yang fana ini.. 

ada tak yang berfikiran seperti jannah yang memikirkan APA TUJUAN memakai HIJAB??.. ADAKAH PAKAI KERANA ALLAH..?? atau JUST PAKAI HIJAB HANYA UNTUK MENUTUP PART-PART TERTENTU DAH MACAM PERTURAN HIDUP SEORANG PEREMPUAN atau PAKAI HIJAB BECAUSE OF FESYEN.?? which one do you prefer while wearing hijab.?? 

kalau betul-betul kita berhijab kerana Allah kan, kenapa kita pakai separuh-separuh ek.?? maksudnya.. kadang-kadang kita lalai jugak kan, Allah minta kita supaya pakai TUDUNG/SHAWL bawah dada supaya kita tutup dada, tapi kita masih lagi pakai atas dada macam nak TAYANG DADA pon ada, macam nak BALUT kepala pon ada, nak nak plak kalau pakai tudung, pastu pakai baju lengan pendek, tak pon pakai seluar ketat berdecing, tak pon pakai legging, tak pon pakai skirt pendek, tak pon macam-macam lagi pakaian pelik-pelik aih yang keluar...

jannah pakai tudung sejak kecik lagi, alhamdulillah sampai sekarang jannah masih pakai tudung..  jannah taw pakai tudung sebab nak menutup aurat sebagai seorang muslimah kan... macam-macam fesyen yang jannah dah try (kononnya ikut perkembangan semasa la katakan) pernah gak balut kepala ni saje..dada tenganga tayang kat orang, (kalau tengok gambar tu balik, rasa macam malunya duk tayang dada kat orang) >_< ... kalau difikirkan balik, insyallah Allah akan beri ganjaran kepada muslimah yang menutup aurat kan, TAPI CUBA bayang kan. mungkin Allah tak bagi kita FULLMARK.! sebabnya kita tak ikut skema yang diberi oleh Allah.. macam kita jawab exam matematik la, kalau tak ikut skema komfem komfem tak dapat markah penuh kan?... 

jannah merasa jugak perasaan nak berubah ni, bukan senang untuk berubah dari satu step ke satu step yang lebih baik.. payah sangat.. NAK BERUBAH JADI JAHAT SENANG SANGAT sebab ada syaitan duk menghasut NAK JADI BAIK SELALUNYA PAYAH SIKIT sebab kadang-kadang tak ada motivasi, tak da kawan nak pengaruhi kita, makin hari remaja makin berfesyen dan macam-macam sebab la kan... TAPI kalau kita SLOW SLOW berubah KERANA ALLAH SWT insyaallah Allah akan bantu kita untuk dekatkan diri kepadaNya, tambah kawan ke, tambah kesabaran ke, tambah macam-macam la...

jannah selalu diingatkan bahawa, nak berubah ni TAK BOLEH BERUBAH SECARA DRASTIK sebabnya nanti komfem komfem tak jadi istiqamah dah, sebabnya terpengaruh dengan kawan-kawan, terpengaruh dengan fesyen, moral down sebab selalu diherdik dengan kawan-kawan, kawan -kawan peleceh, kawan-kawan berdengki, macam-macam la...tak kira kawan-kawan kadang -kadang adik beradik sendiri pon tak sokong kita kan... 

tak semestinya kalau kita pakai tudung labuh bawah paras dada, kita terus kene jadi ayu, jadi lemah lembut, jadi longlai jadi perempuan melayu terakhir terus, kita boleh teruskan perangai asal kita... Tapikan menurut Seorang sahabat jannah dari UK dia cakap, sebenarnya PEMAKAIAN KITA ni MEMBATASKAN segala apa yang kita lakukan...yang ganas nampak lembut ja, muka garang nampak manis jer, yang brutal nampak sopan... yang nak terajang orang, tak jadi nak trajang, nak memekik, tak jadi nak memekik dan macam-macam kita boleh control diri kita.

urmm, banyak sebenarnya kan kita boleh buat kan untuk berubah LEBIH BAIK kerana Allah... yang pastinya segala apa perkara baik yang kita lakukan didunia mestilah IKHLAS KERANA ALLAH, insyaallah Allah akan meredhakan apa yang kita buat dan dapat apa yang kita nak...

so, barang siapa yang mempunyai azam untuk berubah kepada yang LEBIH LEBIH BAIK tak kira dari segi apa-apa pon, pakaian ke, belajar ke, bisnes ke, berkawan ke, BIARLAH IKHLAS KERANA ALLAH... JOM nak kita sama-sama berubah kepada perkara yang LEBIH LEBIH BAIK ni... niat dah ada tu, cukup bagus da sebenarnya, so, kita buat la slow slow kan... BETUL TAK..????

ok. ini sahaja coretan dan pendapat daripada jannah, pendapat my readers macam mana plak??? ada tambahan..?? ada bantahan.??? sekian... 

ini terdapat beberapa gambar yang jannah ambik, 
MUSLIMAH tak salah untuk BERFESYEN, berfesyenlah selagi ia menutup aurat dengan sempurna.. insyaallah... dengan adanya tudung dian pelangi, shawl leopard, shawl satin, kita semua boleh menutup aurat dengan sempurna dan berfesyen.. insyaallah... 


SEKIAN TERIMA KASIH.

Nuffnang