Klik Lagi.!!!

Tuesday, May 8, 2012

~Menyelongkar Cameron Highlands~ #Day 2

Assalamualaikum...

kringggg kringgggg kringgggg alarm berbunyi tepat 6.15 pagi... eh3 member aku yang lain ni, tak nak bangun lagi ker?? yang laki-laki dah bising-bising dah kat luar tu, kononya nak kejut kami la tueww... buwekkk :p

bangun dan terus menuju ke surau dahulu sat, amik barang-barang yang perlu dan terus ke bilik air... masa ni, MasyaAllah, sejuknya air maha dasyat taw tak.. basuh muka jer, rasa kebas dah muka, "rasa-rasa korang kan, penduduk CH ni komfem-komfem tak mandi pagi kan.. eee bucuk!!... hahaha.. cepat-cepat amik wuduk, mandi macam P Ramlee sikit, pastu terus solat subuh jamaq qasar..hihihihi

lepas dah pakai bedak, bagi wangi-wangi... belit-belit shawl bagi cantik-cantik kan... terus menuju ke tapak perkhemahan dan masuk ke halaman dapur, MORNING SEMUA!!! waaaahh eksaited kaw *ni bohong je weh... hahaha.. mula la terpikir, nak bagi makan ape yer kat semua orang, semalam dah beli sardin dua tin besaq, then, roti ada balance 2 paket lagi... so, pagi ni makan roti+sardin+coklat+strawberi yooowww!! eh lupa + jagung rebus yowww


haaa saudara-saudara sekalian, ce tengok anak dara masak nih, masak sardin taw. kikikiki
tapi sedap bukan main lagi..pergghhh sampai licin tawww, sedangkan ila yang buat..heee
-maaf muka ceq masih sememeh, besela bangun awal pagi tanpa make up-
selendang di leher, bajet Amereka la tu... bajet sejuk sangat 

lepas semua dah setelkan kawasan tapak perkhemahan, kawasan dapur, basuh pinggan mangkuk, cuci halaman semua, barula bekerjasama mengangkat barang masuk ke dalam kereta masing-masing, untuk bergerak ke tempat yang hendak melawatlah

orang lain pulun angkut barang, haaa yang ni jugaklah posing depan kamera dulu
pantang jer DSLR aktif sikit, pose sana pose sini


kawasan pertama yang kami kunjung ialah SMOKE HOUSE
malangnya, kami tak dibenarkan masuk dalam kawasan ni
just tengok dari luar sahaja sob sob sob
smoke house ni, dekat je dengan kawasan perkhemahan ni


lepas tu terus bergerak ke TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI, Tanah Rata
actually banyak sangat gambar yang diambil di kawasan ni
sebabnya kawasan ni sudah meliputi keseluruhan CH
ada pokok strawberi, pokok kaktus, pokok anggur, pokok bunga, pokok tomato, pokok epal, pokok sayur, pokok teh, pokok macam-macam jenis pokok lah... tak larat nek tilik satu-satu, naik bosan tengok pokokkkkk je.
-yang jadi pilihan nak letak gambar pon, tang ni jugakla, pokok bunga-


menantu pilihan mak-mak mertua dah beraksi dihadapan lensa kamera dengan sekuntum bunga di tangan
waahhhhh, ayu gituuu
-puji diri sendiri, tak pe kan :p -


lepas dah penat jalan pusing-pusing kawasan taman Agroteknologi tu, kami teruskan perjalanan ke kawasan yang lebih-lebih tinggi, iaitu BOH TEA GARDEN & BOH TEA CENTRE, HABU... masa ni kan, nak taw dak... bermula nya perjalanan ke sini, mata jannah, makin lama makin layu sebabnya dipukul sepoi sepoi oleh  tiupan angin yang sejukkkkk sangat tu, LALU masa duk pusing-pusing nak naik sampai ke puncak teh boh tu... haaaaa GEDEGANG!!!!!! kepala terhantuk kat tingkap kereta... wuaaaaaaa sakit la hoi!!! makin makin makin benjoi la dahi nih.. lepas fobia jer terhantuk, mata ni segar bugar habaq hang, tobat tak tiduq dah..tambah-tambah plak dengan bunyi hon pot pet pot pet tuh, ngan walkie talkie lagi bsing, memang makin tak boleh tidoq...

sampai je atas tu, cari parking dan melawat kilang buat teh... masuk jer dalam kilang tu, terus BAU INAI... hahahah... bau teh kan macam bau inai... so, tengokla proses nak buat teh ni.. dah macam budak-budak plak, tapi seriusly, ni pengalaman yang bermakna ok... so, bila orang tanya, pernah tengok teh buat macam mana tak?? so, boleh jawab dah.. teh dibuat macam ni bla bla blaa... and then, bergambar la kan... pemandangan yang cantik woooo



macam-macam gaya posing dah ni
ada yang duk perasan terbang sorang diri
yang duk lompat
yang sempoi, ayah & abah, releks jer bergambar, sengehhh je.. hihihi


haaaa yang ni bestt..
bajet macam orang kaya beb..hihihi
minum teh boh,amik dua set harganya RM56 kot, kalau tak silap laaa
mak datok mahai sungguh, kalau minum kat kedai kopi, guna teh boh jugak, sedap lagi dari yang ni, harga RM10 pon tak sampai pon.... dan berkat tunjuk perangai baik-baik depan ayah dan abah, mereka belanja lagi teh bohhhh... dan kek ditaja oleh rakan-rakan.


selesai sahaja bersantai di atas, masing-masing beli teh yang macam -macam jenis, macam-macam perisa dalam kedai tu, untuk keluarga tersayang..
yang mahai-mahai ni la untuk mak ayah.. heeeee 
-saya tiada di dalam gamabar kerana menjadi jurugambar-


indahnya ku terbang, ke sana ke mari, kerana tanpa diikat oleh sesiapa lagi.. opsssss!! 
-ni nak bajet vanilla coklat-hahahaha


turun sahaja kawasan teh boh tu, terus singgah Highlands Bee Farm, Habu. untuk melihat lebah-lebah seta makan madu lebah dan buang sepah dia, serta singgah sebentar di ladang Orkid, dan melihat anjing yang comel-comel di situ... dan selepas otu, terus menuju ke medan selera, lapaq sangat dah masa ni.

sebelum balik, singgah sat di PASAR SAYUR, TANAH RATA untuk membeli buah tangan untuk rakan-rakan, ibu angkat, mak ayah, abang ipaq, anak sedara, kawan-kawan rapat dan sebagainya.... lepas siap membeli belah, singgah sekejap lagi di GREEN VIEW GARDEN, KAMPUNG RAJA, untuk buang air yang berlebihan.. hahaha dan singgah di RNR Sg Perak untuk makan petang dan akhirnya di RNR Gurun untuk solat Isyak+Maghrib. 

Alhamdulillah, selamat sampai di KOLEJ KEDIAMAN IPG KAMPUS DARULAMAN, pada pukul 10.30 malam. 


ini dia semua barang yang jannah beli untuk orang-orang jitra dan orang dirumah...
yang dapat jagung 3 ketul tu, maaf la yer, bajet macam tu jer.. ahahah
yang dapat strawberi sikit tu pon, sebab takut nak beli banyak2, kang masam plak + takut busuk



Akhir sekali, inilah gambar kenangan kami bersama di Cameron Hihglands, 
alhamdulillah, semuanya aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancarnya, 
Allah betul-betul mempermudahkan jadual kami, cuaca pon baik-baik sahaja, 
perjalanan pergi dan balik, alhamdulillah baik-baik semua, 
tak ada yang muntah, mahupun demam-demam

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA

ENCIK FAISAL DAN ENCIK AZIZAN 
kerana menjadi pensyarah pembimbing kami
sebab aktiviti menyelongkar CH ini bukan aktiviti suka ria sahaja, tapi aktiviti yang mengajar kami untuk handle sesuatu program nanti disekolah yang melibatkan lawatan sambil belajar, 

NOORFAHMI DAN AFIQ FIKRI
kerana bertungkus lumus membentangkan program perjalanan dan berusaha untuk menjayakan misi kita, 
hal ini kerana, ini adalah aktiviti yang paling menarik dan puas hati

NUR FAZLIN & AINA AMIRA
kerana memberi kebenaran untuk mengguna kereta masing-masing, tanpa kereka anda berdua kita tak sampai sana, dan enjoy bersama

NUR KHALILAH
kerana bekerjasama dengan saya dalam menyelesaikan hal ehwal makanan kita, dan makanan kita snagat awesome, nak harapkan jannah buat rempah BBQ alamatnya, semua ayam tu dibuang kot dalam sungai.

MUHAMMAD NAZRIN & ABDISALAM DANIEL & FADHLAN
kerana korang semua bekerja keras untuk meminjam semua peralatan di stor gerko, dan mendapat semua keperluan, fadhlan juga banyak membantu misi ini walaupun dia tidak dapat sertai

AZUAN AZMI
kerana amanah dalam melaksanakan tanggungjawab dalam memegang jawatan bendahari, mengumpul ,menyimpan dan mngagihkan duit tersebut tanpa baki dengan baik sekali. segalanya halal!! 

harapan saya, agar program sebegini dapat dijalankan lagi nanti dan dapat disertai dengan lebih ramai lagi ahli MUCHACHOS GRAN MATEMATICO agar ukhwah kita makin terjalin lagi, tambah-tambah kita tinggal lagi satu tahun setengah untuk belajar di IPG Kampus Darulaman, kita gunalah masa-masa kritikal kita ini untuk merapatkan lagi ukhwah yang kita sudah bina selama 4 tahun setengah. 

akhir kata dari saya, ASSALAMUALAIKUM. dan doakan kejayaan saya dalam menempuh FINAL EXAM PADA, 15, 16, 22, 23, 24 MEI INI. 

Friday, May 4, 2012

~Menyelongkar Cameron Highlands~ #Day 1

Assalamualaikum.. salam ceria di pagi yang syahdu di Hari Jumaat :)

Alhamdulillah dan Tahniah! kepada saudara saudari sekalian, kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini dan diberi lagi masa dan kesempatan untuk terus ibadah kepada Nya...

salam akhwat! (cium-cium pipi dulu..mmuah mmuah..) lama kita tak bersua di peah labu kan..hehe yang ikhwan plak, Assalamualaikum :) xmow xmow cium pipi, nanti Allah murka..pang!

haaaa, dah lama jannah xcerita tentang jalan-jalan perabis duit ni kan... sekarang, jannah nak share keseronokkan  jannah seminggu yang lalu.. yeeahhhaaaaa!! sebulan sebelum 27 April lalu, memang dah plan dah, nak jalan-jalan dengan AYAH FAISAL... nak jalan sana, nak jalan sini...pung pang pung pang duk buat plan, risau sangat trip to Cameron Highlands ni tak jadi..

*sebelum tu, mesti ada yang tertanya-tanye kan, EH, macam mana plak KJ Jabatan Sains Perpustakaan, En Faisal boleh ikot korang nih? haaa ni dia jawapanya.(tapi jawapan ni asal daripada pendapat peribadi jannah la, orang lain xtaw..hee) ni haa, En Faisal ni pensyarah yang pernah ajar kami masa semester 4 dulu, ajar subjek Teknologi dalam Pendidikan.. dalam kelas encik, atau dalam kelas mana-mana pon, kami adalah pelajar yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaling nakal dalam kelas. ramai sangat3 dah pensyarah yang fedup dengan kami, hehehehe, sebab terlalu banyak cakap, mengusik, gurau senda tak tentu hala, TAPI encik faisal ni BERTAHAN dengan kami woooooo.. HEBAT2!!! dia memang antara pensyarah yang sangat-sangat memahami kami, sehingga dah boleh bergurau macam ayah dah... even rapat mcam mana pon, hormat tetap hormat!!! dari situlah kami makin hari makin rapat, makin hari makin sayang... heeeeeee


kalau nak baca cerita ala-ala skema, laporan LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS penulisan murid  darjah 6 Mawar SK Sultan Ahmad Tajudin, sekolah berprestij tinggi kan.. korang boleh terjah belog ni.!! BUKAN SEKADAR NAMA~ Jannah komfem, korang akan faham, memahami perasaan pengelola lawatan ni, skedul perjalanan kami, belog dia memang detail, yang peah labu ni just karangan darjah 5 SK Penghulu Haji Bakhil jer... hehehe



JAM 8.03 PAGI : semua peserta program MENYELONGKAR CAMERON HIGHLANDS berkumpul di hadapan kolej kediaman IPG Kampus Darulaman. barang-barang disumatkan dalam setiap kereta, dan kereta yang muatan berat dan menjadi tumpuan untuk letak semua barang, komfem la kereta INNOVA milik encik faisal... hahaha... barang-barang yang kami bawak, KHEMAH, baju, AYAM, daging burger, ayam beger, sosej, tudung, telekung, sejadah, roti bakar yang hangus, kicap, tisu dan lain-lain lagi. 


dari kiri : 
DANIEL, khalilah, JANNAH, fazlin, NAZRIN, aina, FAHMI, en faisal, AZUAN, en azizan, AFIQ FIKRI.


selepas 1jam 30 minit memandu kereta, kami berhenti makan pagi di RNR Gunung Semanggol, SEBAB roti bakar yang jannah bekalkan tak cukup dan tak sedap (yang ni kawan-kawan cakap).hahaa.. TAPI  jannah plak, roti bakar yang jannah sendiri bekalkan TAK CUKUP dan masih memerlukan makanan untuk penuhkan perut kecik ni... huwaaaa, lapar dowh sampai perut masuk angin, nak makan lepas tu dah tak lalu =(

bersama aina, dia makan bihun soto, jannah makan kue teow goreng mahai + xsedap.. muwahaaa, abaikan orang disebelah tu, mulut dia kene tutup, sebab reaksi muka dia hodoh sangat.. hihihihi



perjalanan masih diteruskan, dan terus menuju ke simpang pulai dan naik CH melalui situ.. jalan tak la bengkang-bengkok sangat, tak de la nak rasa nak temuntah pon... selekoh sana, selekoh sini, syokkkk wooooo,pastu kalut mencari masjid untuk menunaikan solat jumaat. 

berhenti dekat TEA HOUSE ni sebab, sebelah ni ada surau untuk solat jumaat.. tengok jemaah yang hadir kan, mula la terpikir, sekarang ni aku berada kat negara MALAYSIA ke BANGLADESH!! member laki-laki bagitahu, khutbah pon dalam bahasa diorang, ish3!! 




sedang para-para ikhwan menunaikan solat jumaat, para-para gadis mula membolosi kamera dengan muka-muka kami yang cun melecun nih..hihihih
peace sana, peace sini... haaa!! INGAT! peace kami tidak bermaksud apa-apa yer.... 



anak-anak gadis pilihan mak-mak mertua heeeeeee 
jannah doakan, agar ikatan silaturahim yang kami bina selama 4tahun setengah ini akan terus terjalin kerana ALLAH...
dari kiri : 
KHALILAH - JANNAH - AINA - FAZLIN  



haaa ni pon nak menyebok jugakkkk issshhhh!!
untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, seronok sangat, baru jer sampai di CH ni, ada jugak penduduk peribumi CH ni yang sambut kedatangan kami dengan baik sekali!! 
AFIK-AZUAN-PENDUDUK PERIBUMI-CHEQ


Selesai jer minum teh RM18 dekat TEA HOUSE nih, kami teruskan perjalanan ke BRINCHANG, untuk ziarah pasar malam Brinchang... haaa, oleh sebab dah sampai CH ni, terus fikir, siapakah SENIOR yang berada di sini.... dan jannah terus kol HISHAMUDDIN PANTUN/PEMAIN TENIS..haaaa habis la dia jannah kene buli... muwahahaha..


 
Oleh kerna kami datang ke CH dengan niat yang baik lagi tulus ikhlas,alhamdulillah, GAJI PERTAMA DIN masuk pada 27 APRIL 2012... YES2!!!! apa lagi, buli dia dengan membeli macam-macam laa....orang cakap, berkat guna gaji pertama nih.. hehehehe... THANK U DIN, sebab belanja kami 15 biji dadih strawberi coklat dan 4 kotak strawberi... heeeeeeeeee syoknyaaaaa!!! 



lepas selesai membuli senior itu, kami terus menuju ke tapak perkhemahan di KEM SUNGAI PAUH, TANAH RATA... sebelum pasang-pasang khemah, try dulu naik motor din.. oleh sebab kene mengajar pedalaman, kene la naik motor ape ntah nama dia... tapi khas untuk mendaki bukit bukau laa... 

naik ambik gambar jer, nak bawak tak berapa nak yakin
sebab member-member tak bagi bawak, takut parut kat tangan jannah bertambah-tambah, kang FREE plak mas kahwin nanti.. kwang jaq taw diorng nih!! huh
(dulu penah jatuh motor dah..huuuu)


lepas dah siap angkat barang semua, kaum-kaum adam dikerah untuk memasang 3 buah khemah... hehehehe... kaum-kaum hawa hanya menonton dari surau saje... hehehe... eh tak tak!! kami yang perempuan ni, bersiap sedia makanan untuk BBQ malam ni.. yeaaaaa!!!

ni laaa calon-calon lelaki pilihan.... heeeeee



Bila dah start malam jerr..... MASYAALLAH, SEJUKNYAAAAAAA!!! bila pegang air jer, terus kebas... ni baru duk Malaysia, kalau yang duk oversea tu cam ne la yer.... 

ni duk BBQ
ada ayam, ada sosej, ada daging beger
pastu masak nasik, buat air milo suam, 


inilah hasil BBQ kami... sedaaapppppppppppp
alhamdulillah, kami semua makan berhidang, dan sangat bekerjasama macam keluarga.
seronok sangat!! DIN pon join makan dengan kami... 
walaupun makan tak la mewah mana pon, tapi oleh kerna air tangan semua orang, 
makanan semua jadi sedap dan mengenyangkan...


lepas jer makan, terus kemas-kemas tempat makan, ambik handbag, pakai sweater n berlari-lari ke kereta... TIBA-TIBA.. arrhhhhhhhhhhh!!! (semua orang pandai i taw) tergelincir jatuh... muwahahahaha... galok sangat lari kan.... rasa macam otot terkoyak je... tegang je kaki, dan jari luka.. PADAN MUKA KAW PEAH!! ni berlari-lari eksited nak gi pasar malam la ni.... 

sampai jer pasar malam, semua benda nak amik.. semua orang teringat di kepala, dekat adik-adik nak beli ape yer, dekat anak-anak buah nak beli ape yer, dekat member-member nak beli ape yer.... tapi dekat mak ayah shopping tempat lain laaa... lepas dah membeli belah, jam 10.30 balik ke khemah...

pukul 11 malam, masa ni LAGI LAGI SEJUK!! pakai stokin tebal-tebal, balut leher dengan selendang, truss masuk khemah, masuk lam sleeping beg.... pastu, BISMIKAALLAH.......krooooohhhhhhhhhhhhhhh sampai pukul 6.15 pagi 


HARI KEDUA....... akan sambung selepas ini... tunggu yea!!!! =)

*ADA tak menjiwai perasaan EKSITED jannah bercerita nih???.... jannah punya la pulun nak habaq seronoknya pi cameron nih..heeeeee


Nuffnang