Klik Lagi.!!!

Friday, December 23, 2011

~Fantasi selalu menguasi fikiranku~ #stress

Assalamualaikum

Selamat pagi bagi tempat dia yang masih pagi, Selamat Petang untuk yang sedang minum petang dan Selamat Malam bagi pembaca yang dah nak tidur...apa korang buat ek masa sekarang ni.? tambah-tambah tengah cuti sekolah ni, korang buat apa.?.. 


jannah bukan student sekolah rendah or budak sekolah menengah? tapi student yang bakal menerima Degree lagi 2 tahun lagi dan tengah cuti sekarang... apa yang boleh jannah cakap sekarang, jannah BORING.!! cuti terlalu banyak.! duit tak ada.! kerja pon tidak..! jadi suri rumah tangga sepenuh masa.! pandai mengemas rumah.! pandai masak nasi! pandai buat kek batik.! pandai buat puding caramel.! pandai masak sayur.! pandai perah nyok.! pandai mop lantai.! pandai sidai baju.! pandai jadi driver untuk kakak.! pandai buat air teh untuk ayah.! pandai buat cucuq pisang.! pandai edit gambar.! pandai cuci tandas.! pandai buat sup ikan.! pandai order barang kat shopping online.! pandai belakon bila bangun lambat.! pandai bodek mak ayah.! pandai mengasuh anak sedara.! pandai macam-macam la.. dah boleh jadi bini orang dah ni...hahahaha


bab merapu meraban memang hobi jannah la, tambah-tambah benda berangan, masyaAllah.! itu lagi la jannah suka.. benda yang tak mampu nak jadi realiti, selalu jannah berangan jer, at least pernah la terjadi dalam kotak fikiran kolot ni kan daripada terus kecewa di alam realiti huk huk huk.. eh eh.. benda berangan rangan ni berdosa tak ek..?? hehe


jannah bukan takat berangan benda yang boleh tersenyum sorang-sorang jer taw, kadang-kadang jannah pernah jugak berangan benda MENGARUT dan MENGGERUNKAN... errrrkkkk kadang-kadang, naik cuak jugak biler fikir benda macam tu, mengalahkan cerita FINAL DESTINATION dah.. nak taw ape..??


PERTAMA
berangan kalu pasang kipas angin laju-laju... memang jadi perkara biasa la kan kalau nak pasang kipas angin laju-laju kalau badan tengah panas kan.. tapi kan cuba korang tengok kipas syiling rumah korang, tambah-tambah kalau ada 5 bilah tu, dan cuba pasang paling laju dan tengok lama-lama-lama-lama dan hayati pergerakan kipas tu... cuba bayangkan TIBA-TIBA bilah kipas tercabut, lepas tu melayang sampai dekat korang dan kerat kepala korang...errrrrrrrrrrrrrrrrrrrkkk MATI KATAK kat situ...eh cepat tukar low speed..!!!

KEDUA
berangan bila drive dibelakang lori balak... rasanya siapa yang drive, komfem komfem korang pernah drive belakang lorikan... kan kan kan.! nak nak plak lori tu panjang, trelar, bawak plak kayu balak yang besar-besar, bila kelih sikit tengok, eh eh lori balak ni dah sendat kot, sian dia bawak barang terlebih muatan, kesian kene gendong balak berat-berat, masa drive belakang lori tu kan.. eh eh balak ni macam nak tegelongsor kat kereta aku jer..kalau gelongsor balak ni, kene kereta aku, lepas kene kereta, kepala terhentak kat cermin, muka berdarah, terbrek tiba-tiba, kereta belakang langgar belakang plak.. pastu sepuluh kereta ferari langgar belakang.. eeuuuwwww jadi plak pelanggaran paling mahal. tak pasai pasai nyawa pendek.!!  langkah selamat adalah cari peluang dan potong lori tu cepat-cepat.!!! 

KETIGA
berangan masa nak check mata/rawat mata..sekarang terlalu ramai kan yang pakai spek mata, tambah-tambah yang rajin ngadap laptop, memang cepat memusnahkan mata.. so, bila dah ada simptom simptom sakit kepala dan rabun ni, komfem komfem akan pergi ngecek mata kat kedai baiki basikal kan. so masa nak cek mata tu, komfem-komfem kene masuk kepala kat dalam satu alat warna putih tu kan, pastu jegir jegir mata luas luas sebab nak detect bapa banyak kuasa dah kurang dalam mata tu kan.. bayangkan la, tetiba duk jegir mata luas luas tu, ada sebilah benda tajam tak pon jarum ada dalam tu, pastu tercocok mata tu.. eeewww gila habaq hang.! mata buta free macam tu, tambah-tambah kalau nak rawat mata kan, nak guna laser la, pisau la, apa la, pastu tercocok.. err cikai sungguh.! mata buta.! tak maw tak maw.!! ok SILA JAGA MATA, tak pon kan, sebelum cek mata, tanya orang tu dulu, mesin ni ok tak ek.? ada benda tajam tak? tak pon cek sendiri.. hahaha 

KEEMPAT
berangan masa tengah bawak kereta.. ini dah jadi kebiasaan bagi jannah kalau berangan tengah drive... dan jannah plak selalu drive sorang-sorang dari jitra ke kampung halaman kan... so, dalam duk drive tu kan, kadang2 duk bayang la, tengah bawak kereta yg bunyi vrooommm vrooomm tu, nampak macam.. pergghhh ganas awek nih... tak pon kan, berangan naek kete beratus ribu ringgit dengan spek mata besar gedabak tu kan, nak nak yang mata macam belalang tuh, penuh satu muka aku.. haha.. dan satu lagi, jannah selalu berangan, tengah duk drive laju laju dalam 130km/j kan... TIBA-TIBA tayar kereta terhakis wehhhh, tak pon bocor, tak pon pecah, tak pon lagi tercabut weh.... haaa.! yang ni jannah pernah tengok dengan mata jannah sendiri, tayar kereta hakis weh duk tengah bawak laju, nasib tak jadi pape.. kat dia ok la, kalau dri sendiri macam mana.. so, nak elak masalah.. Bawak SLOW-Slow yer sayang.....

KELIMA
korek telinga..haaa, yang ni benda paling syokkan.. hehehe.. layan jer kalau-kalau tengah korek telinga.. tambah-tambah masa gatal.. jenuh nak mengorek bagi elok balik..hehehe.. kalau korek biasa-biasa dan selamat ok lagi, TAPIKAN cuba bayang kalau tengah duk korek telinga dan masa tu guna yang besi plak kan, ada orang datang rempuh tak pon tertolak kan.. pastu TERPEROSOK besi tu dalam lubang telinga, kene gegendang... masyaallah.. tak pasai pasai pekak macam tu... takot.. so, macam mana nak prevent dari benda tu berlaku ek, masa duk sedap korek tu, duk jauh-jauh dari orang lain taw dan elakkan melatah... yang ni pon jannah pernah dengar cerita, tak pasai-pasai telinga budak tu bedarah, nasib tak pekak.. =(


dah habissssss... semua apa yang jannah bagitaw ni, semua benda yang jannah selalu fikir.. kadang-kadang jadi stress jugak sebab fantasi / iamginasi ni lebih menguasai diri jannah.. so, jadi takut la.... walaupon takut pon, jannah tetap buat.. kalau tak jenuh la gatal dalam lubang telinga kan...

dan akhir sekali, ni bukan nak takut-takutkan korang, tapi nak ajak korang berangan dan berimiginasi macam jannah hehehe....

ok la... itu sahaja cerita panjang lebar...

korang baca tak ek..?? hurmmmm... bye.

sekian.




Thursday, December 22, 2011

~Cara nak buat Header Transparent guna Magic Wand Tool~

Assalamualaikum....

hai.!!!*cuba baca dengan nada semangat taw.. tiap-tiap hari selalu ada tiupan roh rajin yang berlainan kerja untuk jannah taw dak... tak der istiqamah langsung lam buat kerja ni.. ish3.. ada idea sikit, simpan, pastu idea lame pekasam, idea baru keluarkan, kesian kat idea lama tu, jadi pekasam..hek hek hek..

semalam jannah ada ajar nak buat transparent header cara 1 kan, yang ni cara yang kedua plak.. benda sama jer, cuma aplikasi tool jer lain kot, bila korang dah blajar benda ni, korang boleh apply buat benda lain jugak, tak semestinya header, dan tak semestinya transparent... semua boleh... just nak ajar cara bagaimana nak apply guna tool tu jer...=)

tapi, tutor ni nak ajar cara cam ne nak buat header transparent dan apply tool 

STEP 1 > mula-mula macam biasa
                FILE > NEW dan pilih kelebaran WIDTH dan juga ketinggian HEIGHT yang korang suka
                dan klik TRANSPARENT


STEP 2 > 
FILE > OPEN dan cari la image apa yang korang suka.kali ni jannah ajar kalau nak guna TULISAN
tak kan nak guna pen tool plak kan, jenuh nanti nak ikut seketul seketul.


STEP 3 > drag(tarik) gambar tulisan tu ke dalam layer transparent tu [dan akan jadi seperti gambar]


STEP 4 > tekan MAGIC WAND TOOL [rujuk anak panah di gambar] dan lepastu KLIK PADA TULISAN. kalau semua tulisan tu tak ada garisan dash-dash kan, korang kene klik tulisan yang lain-lain tu dengan SHIFT+MAGIC WAND TOOL dan pastikan semua tulisan ada dash-dash yang bergerak gerak tu. 


STEP 5 > bila semua dah ada dash-dash tu kan.. korang bolehla HILANGKAN GAMBAR MATA [rujuk gambar] dan akan jadi seperti gambar di bawah.


STEP 6> selepas tu, korang CREATE NEW LAYER [rujuk anak panah] dan akan jadi layer 3
lepas tu, klik EDIT > FILL > BLACK


[akan jadi seperti gambar]


STEP 7> tulisan akan kelihatan hitam seperti gambar. selepas itu, kalau nak masukkan gambar lain, cari la gambar lain. dan kalau nak ikut keliling gambar tu, buat macam cara yang jannah ajar semalam, yang guna PEN TOOL.





 [adjust warna atau tone tulisan itu]


[jangan lupa untuk save gambar dalam FORMAT PNG taw]


HASILNYA.... SELAMAT MENCUBA YER.. =)


sekian terima kasih. ada apa-apa nak tanye, boleh tanya, jangan segan-segan...

senang jer kan... =)


Wednesday, December 21, 2011

~Jom tukar layout facebook~

Assalamualaikum.. 

haaa buat pa tu..?? makan dak gi..?? tadi jannah makan cucoq durian jaa, makan nasi pon seciput jaa, tak selera, sakit tekak taw.. uhuk uhuk.! cis.! buat ngada-ngada konon, empuk sat gi kang.!! 

malas nak mukadimah panjang-panjang la, malam ni nak ajar macam mana nak tukar layout facebook bagi nampak comel comel gitu, tak pon bagi nampak brutal ke, macho ke, ayu ke, suweet ke, ke apa apa je la ikot suka korang... daripada korang nampak hambar jer, putih +biru kan, boleh jugak korang tukar layout berwarna-warna dan kemas sedikit, tak la seserabut macam TIMELINE tu..tak suka la tengok facebook baru yang menyerabutkan otak tu.. payah nak stalk taw.! serabut.!

ni haaa, contoh facebook jannah yang dah pasang layout berwarna-warni.. actually, yang ni pon nampak serabut gak, tapi ni testing testing ajewwwww...heheh.. nak cari yang lain sat, tak maw bagi serabut..


TAPIKAN.. layout facebook ni kan, korang boleh tengok sorang-sorang je, tuan empunya jer leh tengok, orang lain tak boleh tengok.. macam syok sendiri la katakan..hehehe.. manusia-manusia yang boleh buat layout facebook ni cuma pengguna Mozilla Firefox dan apa entah satu lagi, yang pasti kalau guna google chrome tak boleh rasanya, sebab jannah dah cuba buat dah tadi.. tapi tak tahula kalau korang boleh buat..

[PILIHAN 1 ]

btw korang boleh KLIK SINI untuk dapatkan layout tersebut... lepas dah pilih-pilih tu, boleh save layout dan tengok profile, then kalau dia mintak save or install pape lagi, install je la yer...  itu saja la untuk malam ni.. tata.. thanks untuk blogger famaous LYSSA coz secret dia ni.. =D

eh eh jap... mesti yang nak taw macam mana nak delete balik layout kan.. kot kot nampak lagi lagi lagi serabut kan... korang boleh tekan TRASH taw.. [rujuk gambar bawah ni].. so, kembali asal.. dont worry yer =)



[PILIHAN KEDUA]

eh jap ada satu lagi PAGE yang korang boleh tengok untuk dapatkan layout facebook untuk semua pengguna mozilla firefox dan google chrome... dan juga semua orang boleh tengok... hehehe... KLIK SINI... dan korang boleh create sendiri.. [sila tengok fb jannah or gambar di bawah] dah macam belog jannah jer..hahaha.. ada button dislike, boleh masukkan lagu dan boleh masuk snow.. korang ikut step apa dia nak, mesti dapat hasilnya.. nak kembali asal boleh remove... dont worry =)



sekian terima kasih.... =)

~Cara nak buat Header Transparent~ cara 1

Assalamualaikum..

hye all readers.! hari ni jannah teramat rajin sebab nak share satu ilmu kat korang.. ilmu ni untuk para blogger kot.. kalau bukan blogger pon boleh kot, kalau-kalau nak belajar kan.. ilmu ni banyak blogger lain dah ajar, tapi jannah pon nak share jugak apa yang jannah taw.. =)

jannah just nak ajar, satu cara bagaimana jannah buat transparent header/header transparent..hek hek hek.. ada banyak cara sebenarnya, untuk cara 1 ni jannah ajar cara yang paling paling paling ringkas kat korang.. lepas tu, korang boleh la mengupgrade korang punyer header transparent tu sendiri kot... untuk cara 1 ni, korang cuba la ikot, kalau ada masalah pape, you alls boleh tanya jannah ok.. =)

STEP 1 > guna ADOBE PHOTOSHOP

               korang pergi ke 
                          FILE > New

               so pilihla or taip la bape besar korang nak untuk
                               yang selalu jannah guna
                          WIDTH > 800 PIXELS
                          HEIGHT > 360 PIXELS
             
               dan tick TRANSPARENT


               dan tekan OK


                 jadi la macam ini


STEP 2 >
                untuk taip TEXT, korang klik
                 Type Tool (T) [rujuk gambar]
                 dan klik la dekat layer disebelah tu, so TAIP la apa perkataan yang korang nak


                     jadila macam ini
                     korang adjust la, besar mana korang nak, font apa korang nak, warna apa yang suka


STEP 3 >
             untuk masukkan gambar
             klik FILE > Open
             dan pilih gambar yang korang nak
             

             EDIT GAMBAR untuk ambil gambar labu sahaja tanpa background..
             korang KLIK Pen Tool (P) [rujuk gambar] 


                   dan korang ikutla sekeliling gambar yang korang nak tu..
                   kalau korang salah ikut korang boleh UNDO, tapi kalau banyak salah, korang boleh tekan kat        
                   PEN Tool tu lama-lama, dan pilih DELETE ANCHOR POINT TOOL,dan tekan pada garisan    
                   yang korang tak nak, 
                   dan untuk sambung balik garisan pada gambar tu, korang tekan ADD ANCHOR POINT  
                   TOOL dan point dekat button dia tu.

                bila dah ikut keliling gambar tersebut, korang akhirkan dengan klik button pada garisa tu jugak, so   
                akan jadi seperti gambar bawah. [rujuk gambar di STEP 4]


STEP 4 >
                RIGHT CLICK > pilih MAKE SELECTION> OK 
                lepas tu tekan CTRL+X  untuk [CUT]
                dan tekan layer yang ada tulisan tadi tu, dan tekan CTRL+V untuk [paste]


               dan jadila macam ni.. so, korang adjust la kebesaran yang korang nak. 


STEP 5 >
             nak adjust tulisan pada gambar
             tekan banyak kali kat bulatan [rujuk gambar]
             dan akan keluar seperti berikut [rujuk gambar]
             pilihlah criteria yang korang suka, semua ada di situ, dan adjust apa yang korang nak.
             siap klik OK


STEP 6> 
              bila dah puas hati dengan hasil kerja, korang boleh SAVE AS
              masa SAVE AS
              korang save nama dan [PASTIKAN FORMAT]>> PNG
              [rujuk gambar]
             dan klik SAVE 


HASILNYA >

sekian, terima kasih.

kalau jadi, boleh komen di sini, ada masalah boleh terus tanya jannah, jannah pasti membantu.. =)

p/s tunggu untuk CARA KE 2 DAN CARA UNTUK CENTERKAN HEADER plak yer =)


Tuesday, December 20, 2011

~Doa Iftitah dan Tahiyat Awal~ #Kaseh Syurga 3

Bismillahirrahmanirahim.... Assalamualaikum...

Mula-mula sekali jannah nak tanya pendapat korang dulu, OK tak pembaharuan blog jannah ni buat kali ke seribu ni..?hahaha.. maafla noh, jannah ni rajin gila dan rajin sangat merosakkan dan mengembalikan blog sendiri bila tak ada kerja yang berfaedah ketika sedap bersantai di rumah selama satu bulan ni. hehehe.. 

seriusly, percutian jannah selama sebulan di teratak mak ayah sangat hambar sekali, kerana menjadi bibik 24jam/ sepenuh masa. Masyaallah.! hebatnya jannah.. kerja rumah beres.! biasalah, ni la keadaan student yang tengah gawat..hahaha. 

btw, cuba korang bawakan CURSOR korang ke header jannah.. apa tu header.?? ala.. yang terletak kat atas sekali tu... cepat.! cepat.! bawak cursor tu... haaa.! apa korang nampak.??? apa.?? mata alien..??.. hisshhh jahatnya korang... 

bukan yang tu.. lagi satu, pandai baca tak??.. haaaa, yang tu nama penuh jannah NURULJANNAH MOHD MAZUKI.. khat tu 100% jannah buat sendiri taw.! eh, eh.! bukan tu jannah nak suruh korang tengok... tapi air hujan tuuuu... eeeee rasa comel je bila letak cursor kat situ... hahahaha.. tak tahu.! dah syok sendiri...! >_< 

eh, jannah tak tahu apa nak post ni, cuma jannah nak kongsi lagi DUA BACAAN dalam solat untuk korang.. jannah rasa, kita sudah sampai di penghujung memahami ayat-ayat asas dalam mengerjakan solat.. 

jannah rasa, bila kita betul-betul memahami ayat-ayat asas ni, secara tak langsung dapat menggalakkan kita khusyuk dalam solat.! seriusly jannah cakap ni.! tak tipu pon.. tapi korang kene try la.. kalau takat tengok saja.. tapi tak usaha.. tak dapat apa-apa la... 

lagi satu, jannah benarkan korang ambil setiap gambar yang jannah post dalam tajuk KASEH SYURGA ni.. sebabnya, bila korang copy dan save image, lepas tu korang boleh buat as desktop background. 

so, daripada korang letak gambar pakwe or makwe korang yang tak sah jadi laki atau bini korang, lebih baik korang mencintai Allah... dapat jugak pahala free... dan boleh jugak khusyuk dalam solat dan lagi satu, korang boleh rasa yang korang ni tak sia-sia solat 5 waktu... 


so, untuk hari ini.. jannah kongsikan bacaan DOA IFTITAH dan TAHIYAT AWAL. cuba kita sama-sama memahami dan mengingati maksud ayat-ayat tersebut. insyaallah, kita sama-sama mendapat keredhaan Allah sepanjang kita menenunaikan solat 5 waktu setiap hari. INSYAALLAH.



sekian.
 terima kasih kawan-kawan sebab sudi singgah dan sama-sama membaca ilmu daripada Allah. 
jumpa lagi di post seterusnya yer..

salam. 

Sunday, December 11, 2011

~Fenomena Gerhana Bulan 10 Disember 2011~

Assalamualaikum...

penat rasanya malam ni, sebabnya hari ini ikut ayah dan mak pergi mentekedarah/melantak/makan kat kenduri kahwin.. kalau pergi satu kenduri ok lagi, tapi hari ni kene ikot mak ayah pergi 3 buah rumah, maknanya, 3 kenduri la pergi tadi... rumah pertama nasik minyak kaler coklet, rumah kedua nasi minyak kaler oren, umah ke tiga dah tak nampak nasik dah, nampak aiskrim ja jual tepi jalan.. urrmmm shedaappp!! xmakan dah nasi, perut penuh..sebenaqnya, tak la kenyang sangat pon, tapi kan tapi kan, dah malas nak kunyah nasik... lauk shedappp gila, da petai lagi tapi malas kunyah.. mak offer pon, malas makan dah, soh suap, malas basuh tangan, tapi mak bagi alasan, "haih, tak kan nak suap depan orang ramai".."biaqla mak oi".. pastu mak wat donno jer, so tak payah makan.. majuk!!  =(


hurmm, ni bukan nak cita pasai makan nasik minyak, tapi nak cita pasai fenomena gerhana bulan semalam...hehe.. memang seluruh dunia dah heboh dah, kepoh dah, pasai gerhana bulan nih, tapi buat donno jugak.. almaklumlah, ambil pekara ni remeh ja, tak reti-reti nak pikir yang dunia ni nak kiamat dah.. jannah oooii jannah... sampaikan ayah bising la semalam, sebelum masuk maghrib, tudia.. bising dah haji Mazuki nih soh anak-anak pi masjid...

tengah duk bising-bising tuh, telintas di dalam hati, di fikiran nih.. beetoi jugak apa yang ayah aku cakapkan, baek gi masjid.. syok jugak, dari duk rumah tak ketahuan hala.. pahtu plak ayah bagitahu, malam ni ada ceramah/mengaji oleh penceramah yang syokkk gila.. ayah kata, penceramah tu, dok nyanyi ja.. best.!! tak boleh jadi nih, asyik duk dengar ayah gebang ja, baek pergi ni.. lantaran itu, terkedek-kedek la kami sekeluarga pergi masjid... mood baek.. alhamdulillah..



alhamdulillah, seronok sangat berjemaah kat sana..macam-macam ilmu la dapat.. bak kata dia "JAUHI DARI MAKSIAT KALAU DAH BUAT DAN HINDARI MAKSIAT KALAU BELOM BUAT MAKSIAT" banyak lagi benda lain yang beliau sampaikan.. tapikan yang paling jannah rasa seronok sangat semalam ialah dapat SOLAT SUNAT GERHANA berjemaah semalam, inila pengalaman yang paling best, paling bersejarah sebab tak pernah buat solat gerhana.. SOLAT SUNAT GERHANA ni sangat lain dari yang lain, masa tok imam bagitahu mula-mula, pening jugak nak faham, lepas tu, ulangkaji balik dengan kakak, bukak tirai luas-luas memangla faham macam mana nak solat sunat tuh...

NIAT
sahaja aku solat sunat gerhana dua rakaat tunai kerana Allah taala

RAKAAT PERTAMA
al-fatihah
surah lazim
rukuk
iktidal
alfatihah
surah lazim
rukuk 
iktidal 
sujud

RAKAAT KEDUA
al-fatihah
surah
rukuk
iktidal
al-fatihah
surah
rukuk
iktidal
sujud
salam.

KHUTBAH



Dah sampai rumah, buat-buat jakun sikit... tengok bulan depan rumah.. pastu ayah plak ada simpan teropong masa dia askar dulu, so, ayah ambl teropong dan boleh la tengok gerhana bulan dekat-dekat



cait.!! pulun tengok bulan dengan mak.. sedangkan saje2 je tuh 

tudia!! tengok bulan sampai tenganga..hahaha

kak pon mengada depan kamera.. huh.!!

almaklumlah, orang pakat guna DSLR, guna lens yang panjang2 tuh nak amik gambar, tapi jannah guna kamera kompak jer, lens leh zoom brapa ja.. mula-mula guna flash.. pastu tudia.!! satu benda pon tak nampak.. hangit sungguh.!! ook2.. tukar setting lain plak.. mood baek punya, dapat la amik gambar seketul2 bulan kat langit tuh.. walaupon macam setitik jer jannah nampak.. hahaha


masa tengah gerhana barangkali


dah mula nak kembali cerah, nampak sikit dah


yeahh.!! dah nak beranak dah, sikit lagi..
pushhh
pushhh


kamon bulan
shikittt lagi
pushhhh

sikiiiiiiiitttttttttt


aloooo.. takat ni je sanggup tunggu... tak larat nak kuar masuk rumah dah nak tengok bulan kembali cerah...huhuhuhu


btw, semalam la patot berdoa banyak-banyak kepada Allah..supaya ampunkan dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa adik beradik kita, dosa sahabat2 kita, berdoa semoga kita ni rajin menunaikan ibadah kepadaNya, berdoa semoga dilimpahkan rezeki, berdoa semoga hidup dalam iman, mati pon dalam iman, dan ketahuilah bahawa bumi kita sedang sakit, dan kiamat sudah makin tiba... astaghfirullahalzim..


sekian terima kasih.

Nuffnang