Klik Lagi.!!!

Thursday, August 11, 2011

~Berbuka puasa bersama Puan Hajah Natrah dan keluarga~

Assalamualaikum....

hye... ini kisah sudah berabad lama, tapi baru rajin nak update.. sementara menunggu berbuka puasa.. jannah cubala nak curahkan idea yang tersimpan dalam akal fikiran ni... selama ni malas je nak menaip.. tahu tak malas.??? haa ni memang dasar pemalas..!! ni cuma nak cerita kisah buka puasa di rumah Puan Hajah Natrah..


masih kenal Puan Hajah Natrah..?? jannah selalu buat entri kisah bersama Puan Hajah Natrah.. antara post jannah yang melibatkan Puan Hajah Natrah ialah





Untuk pengetahuan semua, kisah tentang ~MEMOHON DOA~  itu, telah dimakbulkan oleh ALLAH SWT, kerana anak Puan Hajah Natrah iaitu DR NOOR AZAM telah selamat kembali ke sisi keluarga.. Alhamdulillah, segala doa yang kita sama-sama panjatkan kepada Allah telah dimakbulkan olehNya...


Oleh itu, disebabkan ahli kelas Muchachos Gran Matematico ni terlalu BAIK.. sering disebut-sebut "kebaikan" kami ni kan.. hehe... Puan Hajah Natrah menjempat kami satu kelas berbuka puasa bersama-sama keluarga beliau di rumah beliau.. pelbagai juadah, Puan sediakan, tapi Jannah tak merasa semua pon.. tak sempat dan tak muat pon nak masukkan dalam perot kecik ni... setakat makan nasi sudah la kan...dan  makan dadih jer.. lepas tu, dah kelam kabut nak pergi terawih dah... heee





ini sebahagian ahli kelas yang sedang menunggu rakan-rakan yang lain depan kolej kediaman


ini pelajar foreigner dari Nepal tak silap...hehehe >_<



ini puteri lilin... sanggup menghabiskan minyak kereta kawan, daripada berjemur di bawah terik matahari



ni sahabat yang datang lambat


fuyooo mamat kacak ni... ni pon foreigner jugak ni... yang ni dari KOREA... 
alhamdulillah datang Malaysia, dia masuk Islam...
suka hati dia je kan, datang sini, remp-it dengan kain pelekat ja.. tak pakai helmet plak tu
panggil JPJ soh saman baru taw..masuk court... hehehe


yang ni kawan kepada Korea tadi..
dia kacukan.. dia pan-asian.. campuran sulawasi+afrika..
dia ni rajin gila, sanggup pergi kandang lembu taman sebelah, perah susu lembu tu, lepas tu buat dadih
perghhh!! 60 ketul dadih dia buat tahu.!! semua dadih yang dia buat berwarna warni.. sekali kotak pon



ni kakak-kakak yang duk makan tak habis-habis lagi...
orang duk kalut pi terawih, depa kalut perabis makanan... 
todia, tak sempat-sempat angkat kepala ha.. tunduk ja... makan duk cuk cak cuk cak


dah habis makan, posing plak depan kamera
depa ni tak sedaq ka, duk posing dengan perot boroi belaka...ish3!!! 




yeaaayyy.!!! ni kami semua.... =)
Alhamdulillah... semua sudah kenyang....
cuba teka sape yang tolong ambil gambar ni...??? 
ce teka ce teka... heeeeee..
Dr Noor Azam yang ambilkan taw.... 
Dr Azam pegang kamera kitewwww.. angau 87345detik... hahaha..
hensemmm ooooo... baik+sopan lagi.... pergghhh!!! hahahaha


heheheh... itu sahaja cerita daripada saya... pertama sekali, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada Puan Hajah Natrah dan juga keluarga, kerana sudi meluangkan masa dan menjemput kami (Muchachos Gran Matematico) datang ke rumah Puan untuk berbuka puasa pada kali ini.. insyaallah, kalau ada umur panjang jemputla plak untuk hari raya nanti yer...(heeee dasar tak taw malu)hehehe... Puan Natrah, sangat baik, sangat penyayang... tiap-tiap hari dalam kelas, komfem beliau akan tegur kami semua supaya berubah menjadi seorang pelajar yang cemerlang... Puan pon suka sangat buat lawak spontan dah sekarang... hahaha...


dan mintak maaf banyak2 yer kawan2... andai terover melawak... salah silap, mai tegor ceq naaa... 
sekian sahaja cerita malam ni...


p/s.. semakin hampir untuk minggu lailatul qadar, semakin tingkatkanlah amal ibadat kehidupan seharian kita


sekian terima kasih.. =)


LIKE

1 comment:

Nur Afiqa Mustaza said...

haha , janah2 .mcm2 , seyes mcm nepal la yien tuu . haha

Nuffnang