Klik Lagi.!!!

Wednesday, September 9, 2015

SATU Bulan SATU ORDER je taw ....hihi


Salam.. 
Rasa seronok pulak sekarang ni, bila dah mula menulis balik, 
balik dari keje je, nak bukak laptop dah sekarang, kalau tak, bukak laptop cuma nak print RPH sahaja, yang lain ngadap hp je. RPH tu (buku rancangan mengajar, maklumla cikgu ) hehe

THE ONLY WAY TO DO GREAT WORK IS TO LOVE WHAT YOU DO
this is antara the best quote untuk dapat BEST RESULT untuk apa yang kita buat. 

Mungkin ada yang taw, dan tak taw Jannah sebenarnya seorang guru ( KERJA HAKIKI), tapi banyak post di fb dah macam kerje BISNESS FULL TIME pulak kan.. So, masa bekerja jannah sebagai seorang guru sebenarnya hampir 18 jam, yang lain 6 jam tidoq la kan. hehe.. cuma jannah tak tunjuk ja, sebab tu memang kerja hakiki. so, keje cikgu, faham je la kan.. nak siapkan itu ini SEBELUM> SEMASA> SELEPAS mengajar... so, memang TERLALU BANYAK KERJA nak buat itu ini. 

tapi jannah ada masa untuk POST OLICANDY, VSIREH, BEAUMAMA, AREUM semua tu kan??? 

ok, jannah memang minat berniaga, dan suka berniaga dari kecik lagi, ikut ayah p meniaga BUAH. 
lepas tu, masa belajar kat IPDA lagi jannah mula berniaga Jam Tangan, Handbag, Purse (sebagai dropship), KaK Fariza yang dealer jannah tu pon sekarang ni pon dah jutawan rasanya, then jannah berniaga barang orang lain pulak, (TELEKUNG, SARUNG BUKU RPH), selepas itu hujung semester 8 baru la jinak jinak jual SHAWL. masa ni jannah, keluarkan modal p beli kain, potong kain, hantar kat kedai mak cik yang murah tu kat depan kedai uncle tu, then jadi model, then post kat FB/IG untuk jual. pastu juai juai then stop kejap. hahaha.. ikut mood weh...

jannah betul betul serius MENIAGA, tak da acah acah dah masa 2014. jannah mula berniaga ni untuk NAIKKAN SEMANGAT jannah balik selepas jannah harungi ujian ALLAH dahulu, bukan mudah untuk kita terima hakikat kehilangan orang kita cintai dalam sekelip mata. tapi dengan KEKUATAN dan SEMANGAT jannah bangkit semula... 

sebelum start posting/ kerja pada 1 April kat petaling jaya, jannah menjual tudung keluaran jannah iaitu PINKYBROWNCOLLECTIONS, so, this brand tak la hebat pon tapi ada laaa pembeli... hwahahaha... boleh dikatakan sebulan satu ORDER je... hebak ke idok kome??? buwerkkkk.. tapi tak pe lahh itu rezeki... jannah cari jalan dan cara nak dapat rezeki nih.. itu ini buat.. tapi tak nampak hasil jugak pon... RUPANYA SALAH CARA... hahahah... 

pastu pulak jannah kene DEMAM CAMPAK kan... haaa sudahhh, macam mana nak jadi MODEL muka penuh parut.. YA ALLAh, masa tu UJIAN kedua jannah kene tempuh dengan hati terbuka dan REDHA.. cuma mengharap muka ku kembali sedia kala COMEY LOTEY.. hehehe
tapi walaupon muka huduh sangat tu, jannah masih maintain potong, jahit dan menjual shawl yang sampai BATCH ke 8 rasanya... fuhhhhhh bukan mudah taww.... 

dan bagi menghebatkan lagi dalam bidang bisnes ni, jannah masuk KELAS BISNES... owwhhhhh begitu rupanya cara marketing.. bukann mudah,, bukannn... tapi bila dah ada ILMU, baru kita boleh apply dan cuba buat satu satu... ILMU sangat penting ye... jangan jadi SOMBONG, belajar daripada GURU, belajar dari PENGALAMAN itu adalah ILMU.. makanya APLIKASI kannya supaya kita nampak hasil positive atau negatif... 

(kisah ni bermula dari tahun 2014 ye) 

pastuuu..... JANNAH berniaga apa pulakkk???

will be continue, nak pergi COD barang dan bersiap nak ke sekolah pulak. byeeee...


No comments:

Nuffnang