Klik Lagi.!!!

Friday, May 4, 2012

~Menyelongkar Cameron Highlands~ #Day 1

Assalamualaikum.. salam ceria di pagi yang syahdu di Hari Jumaat :)

Alhamdulillah dan Tahniah! kepada saudara saudari sekalian, kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini dan diberi lagi masa dan kesempatan untuk terus ibadah kepada Nya...

salam akhwat! (cium-cium pipi dulu..mmuah mmuah..) lama kita tak bersua di peah labu kan..hehe yang ikhwan plak, Assalamualaikum :) xmow xmow cium pipi, nanti Allah murka..pang!

haaaa, dah lama jannah xcerita tentang jalan-jalan perabis duit ni kan... sekarang, jannah nak share keseronokkan  jannah seminggu yang lalu.. yeeahhhaaaaa!! sebulan sebelum 27 April lalu, memang dah plan dah, nak jalan-jalan dengan AYAH FAISAL... nak jalan sana, nak jalan sini...pung pang pung pang duk buat plan, risau sangat trip to Cameron Highlands ni tak jadi..

*sebelum tu, mesti ada yang tertanya-tanye kan, EH, macam mana plak KJ Jabatan Sains Perpustakaan, En Faisal boleh ikot korang nih? haaa ni dia jawapanya.(tapi jawapan ni asal daripada pendapat peribadi jannah la, orang lain xtaw..hee) ni haa, En Faisal ni pensyarah yang pernah ajar kami masa semester 4 dulu, ajar subjek Teknologi dalam Pendidikan.. dalam kelas encik, atau dalam kelas mana-mana pon, kami adalah pelajar yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaling nakal dalam kelas. ramai sangat3 dah pensyarah yang fedup dengan kami, hehehehe, sebab terlalu banyak cakap, mengusik, gurau senda tak tentu hala, TAPI encik faisal ni BERTAHAN dengan kami woooooo.. HEBAT2!!! dia memang antara pensyarah yang sangat-sangat memahami kami, sehingga dah boleh bergurau macam ayah dah... even rapat mcam mana pon, hormat tetap hormat!!! dari situlah kami makin hari makin rapat, makin hari makin sayang... heeeeeee


kalau nak baca cerita ala-ala skema, laporan LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS penulisan murid  darjah 6 Mawar SK Sultan Ahmad Tajudin, sekolah berprestij tinggi kan.. korang boleh terjah belog ni.!! BUKAN SEKADAR NAMA~ Jannah komfem, korang akan faham, memahami perasaan pengelola lawatan ni, skedul perjalanan kami, belog dia memang detail, yang peah labu ni just karangan darjah 5 SK Penghulu Haji Bakhil jer... hehehe



JAM 8.03 PAGI : semua peserta program MENYELONGKAR CAMERON HIGHLANDS berkumpul di hadapan kolej kediaman IPG Kampus Darulaman. barang-barang disumatkan dalam setiap kereta, dan kereta yang muatan berat dan menjadi tumpuan untuk letak semua barang, komfem la kereta INNOVA milik encik faisal... hahaha... barang-barang yang kami bawak, KHEMAH, baju, AYAM, daging burger, ayam beger, sosej, tudung, telekung, sejadah, roti bakar yang hangus, kicap, tisu dan lain-lain lagi. 


dari kiri : 
DANIEL, khalilah, JANNAH, fazlin, NAZRIN, aina, FAHMI, en faisal, AZUAN, en azizan, AFIQ FIKRI.


selepas 1jam 30 minit memandu kereta, kami berhenti makan pagi di RNR Gunung Semanggol, SEBAB roti bakar yang jannah bekalkan tak cukup dan tak sedap (yang ni kawan-kawan cakap).hahaa.. TAPI  jannah plak, roti bakar yang jannah sendiri bekalkan TAK CUKUP dan masih memerlukan makanan untuk penuhkan perut kecik ni... huwaaaa, lapar dowh sampai perut masuk angin, nak makan lepas tu dah tak lalu =(

bersama aina, dia makan bihun soto, jannah makan kue teow goreng mahai + xsedap.. muwahaaa, abaikan orang disebelah tu, mulut dia kene tutup, sebab reaksi muka dia hodoh sangat.. hihihihi



perjalanan masih diteruskan, dan terus menuju ke simpang pulai dan naik CH melalui situ.. jalan tak la bengkang-bengkok sangat, tak de la nak rasa nak temuntah pon... selekoh sana, selekoh sini, syokkkk wooooo,pastu kalut mencari masjid untuk menunaikan solat jumaat. 

berhenti dekat TEA HOUSE ni sebab, sebelah ni ada surau untuk solat jumaat.. tengok jemaah yang hadir kan, mula la terpikir, sekarang ni aku berada kat negara MALAYSIA ke BANGLADESH!! member laki-laki bagitahu, khutbah pon dalam bahasa diorang, ish3!! 




sedang para-para ikhwan menunaikan solat jumaat, para-para gadis mula membolosi kamera dengan muka-muka kami yang cun melecun nih..hihihih
peace sana, peace sini... haaa!! INGAT! peace kami tidak bermaksud apa-apa yer.... 



anak-anak gadis pilihan mak-mak mertua heeeeeee 
jannah doakan, agar ikatan silaturahim yang kami bina selama 4tahun setengah ini akan terus terjalin kerana ALLAH...
dari kiri : 
KHALILAH - JANNAH - AINA - FAZLIN  



haaa ni pon nak menyebok jugakkkk issshhhh!!
untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, seronok sangat, baru jer sampai di CH ni, ada jugak penduduk peribumi CH ni yang sambut kedatangan kami dengan baik sekali!! 
AFIK-AZUAN-PENDUDUK PERIBUMI-CHEQ


Selesai jer minum teh RM18 dekat TEA HOUSE nih, kami teruskan perjalanan ke BRINCHANG, untuk ziarah pasar malam Brinchang... haaa, oleh sebab dah sampai CH ni, terus fikir, siapakah SENIOR yang berada di sini.... dan jannah terus kol HISHAMUDDIN PANTUN/PEMAIN TENIS..haaaa habis la dia jannah kene buli... muwahahaha..


 
Oleh kerna kami datang ke CH dengan niat yang baik lagi tulus ikhlas,alhamdulillah, GAJI PERTAMA DIN masuk pada 27 APRIL 2012... YES2!!!! apa lagi, buli dia dengan membeli macam-macam laa....orang cakap, berkat guna gaji pertama nih.. hehehehe... THANK U DIN, sebab belanja kami 15 biji dadih strawberi coklat dan 4 kotak strawberi... heeeeeeeeee syoknyaaaaa!!! 



lepas selesai membuli senior itu, kami terus menuju ke tapak perkhemahan di KEM SUNGAI PAUH, TANAH RATA... sebelum pasang-pasang khemah, try dulu naik motor din.. oleh sebab kene mengajar pedalaman, kene la naik motor ape ntah nama dia... tapi khas untuk mendaki bukit bukau laa... 

naik ambik gambar jer, nak bawak tak berapa nak yakin
sebab member-member tak bagi bawak, takut parut kat tangan jannah bertambah-tambah, kang FREE plak mas kahwin nanti.. kwang jaq taw diorng nih!! huh
(dulu penah jatuh motor dah..huuuu)


lepas dah siap angkat barang semua, kaum-kaum adam dikerah untuk memasang 3 buah khemah... hehehehe... kaum-kaum hawa hanya menonton dari surau saje... hehehe... eh tak tak!! kami yang perempuan ni, bersiap sedia makanan untuk BBQ malam ni.. yeaaaaa!!!

ni laaa calon-calon lelaki pilihan.... heeeeee



Bila dah start malam jerr..... MASYAALLAH, SEJUKNYAAAAAAA!!! bila pegang air jer, terus kebas... ni baru duk Malaysia, kalau yang duk oversea tu cam ne la yer.... 

ni duk BBQ
ada ayam, ada sosej, ada daging beger
pastu masak nasik, buat air milo suam, 


inilah hasil BBQ kami... sedaaapppppppppppp
alhamdulillah, kami semua makan berhidang, dan sangat bekerjasama macam keluarga.
seronok sangat!! DIN pon join makan dengan kami... 
walaupun makan tak la mewah mana pon, tapi oleh kerna air tangan semua orang, 
makanan semua jadi sedap dan mengenyangkan...


lepas jer makan, terus kemas-kemas tempat makan, ambik handbag, pakai sweater n berlari-lari ke kereta... TIBA-TIBA.. arrhhhhhhhhhhh!!! (semua orang pandai i taw) tergelincir jatuh... muwahahahaha... galok sangat lari kan.... rasa macam otot terkoyak je... tegang je kaki, dan jari luka.. PADAN MUKA KAW PEAH!! ni berlari-lari eksited nak gi pasar malam la ni.... 

sampai jer pasar malam, semua benda nak amik.. semua orang teringat di kepala, dekat adik-adik nak beli ape yer, dekat anak-anak buah nak beli ape yer, dekat member-member nak beli ape yer.... tapi dekat mak ayah shopping tempat lain laaa... lepas dah membeli belah, jam 10.30 balik ke khemah...

pukul 11 malam, masa ni LAGI LAGI SEJUK!! pakai stokin tebal-tebal, balut leher dengan selendang, truss masuk khemah, masuk lam sleeping beg.... pastu, BISMIKAALLAH.......krooooohhhhhhhhhhhhhhh sampai pukul 6.15 pagi 


HARI KEDUA....... akan sambung selepas ini... tunggu yea!!!! =)

*ADA tak menjiwai perasaan EKSITED jannah bercerita nih???.... jannah punya la pulun nak habaq seronoknya pi cameron nih..heeeeee


2 comments:

Unknown said...

tq kerana sudi menjadi sebahagian dari "keluarga" ini..

nur khalilah hassan said...

seronok sangat kan..:)

Nuffnang