Klik Lagi.!!!

Friday, December 2, 2011

~Memahami Al-Fatihah~ #Kaseh Syurga 1

Assalamualaikum..

Topik yang terbaru yang jannah ingin tampilkan selain DIARI CINTA ialah KASEH SYURGA. Kaseh syurga ini jannah wujudkan sebagai segmen atau wadah untuk kita sama-sama mantapkan rohani kita, ingatan kita, tak pon pegangan kita pada agama suci kita ISLAM. 

Jannah ni bukan ustazah pon, bukan juga seorang wanita yang warak, bukan juga seorang yang penuh ilmu didada, bukan juga ustazah pilihan di tv Oasis tuh, dan bukanlah insan yang arif membincangkan topik agama, tetapi, jannah cuma bekas pelajar tadika islam dari 5tahun - 6tahun, (bukan PASTI tapi tadika Islam), bekas pelajar Sekolah Agama Rakyat tiap-tiap petang dari tahun 1 sampai 6 dan juga jannah hanya ingin kongsikan ilmu yang jannah tahu dan ingin belajar bersama-sama rakan-rakan untuk mengingat kembali pembelajaran dahulu serta mengenali keindahan islam. 

tak salah untuk kita kenali indahnya islam, tak salah untuk kita dekatkan diri pada Allah, sebabnya, makin hari kita hidup, kita juga makin hampir dengan mati. tambah-tambah kita tak tahu bila kita nak mati. orang cakap, kalau ada ilmu tapi tak guna, namanya BODOH.! *maaf terkasar >_<


teguhnya iman seseorang itu adalah terletak dengan kesempurnaan mengerjakan solat lima waktu. cukup 5 waktu kita tunaikan dengan sempurna, insyaallah iman kita berdiri teguh dengan dibantu dengan menanam sifat-sifat mahmudah. solat-solat jugak, diterima atau tidak antara kita dengan Allah. 

sememangnya, kalau dah namanya umat islam, mesti solat 5 waktu kan. tapi bila tanya balik atau tanya pada diri sendiri....khusyuk ke semasa menunaikannya?? khusyuk tak ek..?? semasa tengah solat, fikiran kita sering melayang-layang fikirkan perkara duniawi. betol tak.?? fikir tengah hari nak makan ape la, cite Tentang Dhia nanti macam mana la, notification kat facebook banyak mana la, nak update cerita apa la dalam belog, aduh.!! langsung tidak memberi tumpuan semasa berjumpa dengan Allah langsung.. apa nak jadi ni..ish3 0_< 

bila mulut terkumat-kamit membaca surah pilihan, rasa-rasanya, faham tak setiap butir yang diungkapkan.?? semua orang tahu membaca.. bila suruh baca, HEBAT.! lancar bacaannya.. TAPI bila suruh perdengarkan maksudnya, penjelasannya, lambat plak nak baca, ini sebab kita tak amalkan... =( 

Alangkah indahnya, kalau kita sama-sama mempelajari sedikit demi sedikit, memahami surah yang terdapat dalam Al-Quran itu sedikit demi sedikit... 

seperti memahami pembuka kalam iaitu surah AL-FATIHAH.. setiap kali kita solat, kita wajib membacanya kan.. JADI.!  
apa kata, semasa kita membaca dalam setiap rakaat untuk setiap waktu solat.. kita menghayati setiap maksudnya bagi setiap ayat.. insyaallah, akan menggalakkan kita solat dalam khuyuk dan juga panjangkan masa kita solat, ni tidak, solat macam nak kejar pencuri jer... 

JOM baca surah AL FATIHAH.. =)

haaaaaaa
cuba  RIGHT CLICK, 
then click SAVE IMAGE,
and make it DESKTOP BACKGROUND
dan faham tak pon hafal =)

amalkan selalu membaca Surah Al-Fatihah ini, banyak fadhilatnya.. nak tahu fadhilat-fadhilatnya.?? 
search GOOGLE taw.!



*harap sangat-sangat Kaseh Syurga ini berterusan dan mendapat sokongan dari semua pihak =)

sekian terima kasih.

3 comments:

uyaitusaya said...

terima kasih jannah..pekongsian yang menarik :)

.::Nuruljannah::. said...

sama-sama uya... =)

Znal said...

Syukur alhamdulillah...walaupun perkara kecil....namun besar ertinya...semuga Allah merahmati n memberi u kekuatan utk terus mengingatkan sesama kita...Tahniah

Nuffnang