Klik Lagi.!!!

Sunday, December 11, 2011

~Fenomena Gerhana Bulan 10 Disember 2011~

Assalamualaikum...

penat rasanya malam ni, sebabnya hari ini ikut ayah dan mak pergi mentekedarah/melantak/makan kat kenduri kahwin.. kalau pergi satu kenduri ok lagi, tapi hari ni kene ikot mak ayah pergi 3 buah rumah, maknanya, 3 kenduri la pergi tadi... rumah pertama nasik minyak kaler coklet, rumah kedua nasi minyak kaler oren, umah ke tiga dah tak nampak nasik dah, nampak aiskrim ja jual tepi jalan.. urrmmm shedaappp!! xmakan dah nasi, perut penuh..sebenaqnya, tak la kenyang sangat pon, tapi kan tapi kan, dah malas nak kunyah nasik... lauk shedappp gila, da petai lagi tapi malas kunyah.. mak offer pon, malas makan dah, soh suap, malas basuh tangan, tapi mak bagi alasan, "haih, tak kan nak suap depan orang ramai".."biaqla mak oi".. pastu mak wat donno jer, so tak payah makan.. majuk!!  =(


hurmm, ni bukan nak cita pasai makan nasik minyak, tapi nak cita pasai fenomena gerhana bulan semalam...hehe.. memang seluruh dunia dah heboh dah, kepoh dah, pasai gerhana bulan nih, tapi buat donno jugak.. almaklumlah, ambil pekara ni remeh ja, tak reti-reti nak pikir yang dunia ni nak kiamat dah.. jannah oooii jannah... sampaikan ayah bising la semalam, sebelum masuk maghrib, tudia.. bising dah haji Mazuki nih soh anak-anak pi masjid...

tengah duk bising-bising tuh, telintas di dalam hati, di fikiran nih.. beetoi jugak apa yang ayah aku cakapkan, baek gi masjid.. syok jugak, dari duk rumah tak ketahuan hala.. pahtu plak ayah bagitahu, malam ni ada ceramah/mengaji oleh penceramah yang syokkk gila.. ayah kata, penceramah tu, dok nyanyi ja.. best.!! tak boleh jadi nih, asyik duk dengar ayah gebang ja, baek pergi ni.. lantaran itu, terkedek-kedek la kami sekeluarga pergi masjid... mood baek.. alhamdulillah..



alhamdulillah, seronok sangat berjemaah kat sana..macam-macam ilmu la dapat.. bak kata dia "JAUHI DARI MAKSIAT KALAU DAH BUAT DAN HINDARI MAKSIAT KALAU BELOM BUAT MAKSIAT" banyak lagi benda lain yang beliau sampaikan.. tapikan yang paling jannah rasa seronok sangat semalam ialah dapat SOLAT SUNAT GERHANA berjemaah semalam, inila pengalaman yang paling best, paling bersejarah sebab tak pernah buat solat gerhana.. SOLAT SUNAT GERHANA ni sangat lain dari yang lain, masa tok imam bagitahu mula-mula, pening jugak nak faham, lepas tu, ulangkaji balik dengan kakak, bukak tirai luas-luas memangla faham macam mana nak solat sunat tuh...

NIAT
sahaja aku solat sunat gerhana dua rakaat tunai kerana Allah taala

RAKAAT PERTAMA
al-fatihah
surah lazim
rukuk
iktidal
alfatihah
surah lazim
rukuk 
iktidal 
sujud

RAKAAT KEDUA
al-fatihah
surah
rukuk
iktidal
al-fatihah
surah
rukuk
iktidal
sujud
salam.

KHUTBAH



Dah sampai rumah, buat-buat jakun sikit... tengok bulan depan rumah.. pastu ayah plak ada simpan teropong masa dia askar dulu, so, ayah ambl teropong dan boleh la tengok gerhana bulan dekat-dekat



cait.!! pulun tengok bulan dengan mak.. sedangkan saje2 je tuh 

tudia!! tengok bulan sampai tenganga..hahaha

kak pon mengada depan kamera.. huh.!!

almaklumlah, orang pakat guna DSLR, guna lens yang panjang2 tuh nak amik gambar, tapi jannah guna kamera kompak jer, lens leh zoom brapa ja.. mula-mula guna flash.. pastu tudia.!! satu benda pon tak nampak.. hangit sungguh.!! ook2.. tukar setting lain plak.. mood baek punya, dapat la amik gambar seketul2 bulan kat langit tuh.. walaupon macam setitik jer jannah nampak.. hahaha


masa tengah gerhana barangkali


dah mula nak kembali cerah, nampak sikit dah


yeahh.!! dah nak beranak dah, sikit lagi..
pushhh
pushhh


kamon bulan
shikittt lagi
pushhhh

sikiiiiiiiitttttttttt


aloooo.. takat ni je sanggup tunggu... tak larat nak kuar masuk rumah dah nak tengok bulan kembali cerah...huhuhuhu


btw, semalam la patot berdoa banyak-banyak kepada Allah..supaya ampunkan dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa adik beradik kita, dosa sahabat2 kita, berdoa semoga kita ni rajin menunaikan ibadah kepadaNya, berdoa semoga dilimpahkan rezeki, berdoa semoga hidup dalam iman, mati pon dalam iman, dan ketahuilah bahawa bumi kita sedang sakit, dan kiamat sudah makin tiba... astaghfirullahalzim..


sekian terima kasih.

3 comments:

Syahmi Asyraf said...

time tue hujan dop dapat tengok...teropong pun takde

farahnasuhah said...

untungla org leh tgk gerhana kan~ :(

.::Nuruljannah::. said...

syahmi >> sian noh kat hg, xdak rezeki nak tgk bulan

farahnasuhah >> alhamdulillah dpt tgk... ni nape?? xdpt ek??... xpe2.. len kali..

Nuffnang